Islamic Widget

Carian dalam blog ini

Wednesday, January 4, 2012

Harga Sarang Walit Terkini.....


Kali ini jom kita bincangkan skit tentang harga terkini sarang walit di pasaran semasa. Dulu sebelum berlakunya krisis sarang walit bernitrat antara Malaysia dan China harga raw nest sekitar RM3000-RM3500. Namun setelah berlakunya krisis ini harga sarang walit menjunam turun. Walaupun kerajaan Malaysia sudah mengambil langkah berbincang dengan negara China, namun sehingga ke hari ini harganya masih lagi berada di paras yang agak rendah.

Menurut sumber dari kawan-kawan.....di Kelantan harganya sekitar RM1900 ke RM 2000++/kg aje. Sementara di Rompin, Pahang ada yang membelinya dengan harga RM2500/kg. Jadi, apa sebenarnya yang berlaku dengan harga pasaran raw nest ini di Malaysia????.

Baru-baru ini saya sempat menalipon Dr Aini pakar burung walit dari Jabatan Veterinar Selangor semasa program di TV Al-Hijrah  dan bertanya tentang isu harga.....katanya harga sarang burung di luar Malaysia takde masalah sama seperti dulu. Beliau pun tidak faham kenapa harganya di dalam pasaran negara rendah sedangkan di luar Malaysia dijual dengan harga yang tinggi. Di mana silapnya sebenarnya????........perlu ke dilantik satu badan atau Jabatan veterinar sendiri atau FAMA memainkan peranan dalam menangani isu harga ini?.

Jadi.....buat sementara waktu ini, saya cadangkan sesiapa yang ada maklumat tentang harga terkini sarang walit ni sila tinggalkan dalam ruang komen posting ini. Nyatakan tempat, berapa harga sekilo dan kalau boleh grednya sekali sebagai panduan kepada pengusaha walit se Malaysia.

sebarang pertanyaan sila email kepada: badrulpms@yahoo.com

0 comments:

Post a Comment